‘ Membaca jambatan ilmu ‘ ,itulah ayat yang
sering kita dengar sama ada di kaca televisyen mahupun di surat khabar Amalan membaca merupakan amalan
yang sangat mulia. Akhbar merupakan sumber maklumat menyiarkan pelbagai
peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.Selain mendapat maklumat ,membaca juga
boleh mengisi masa lapang kita.jika kita
menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak terbuang
begitu saja jadi, kita boleh mengelakkan
diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain-main dan merayau–rayau di kedai-kedai dan sebagainya .
Antara
kelebihan membaca ialah kita dapat mengetahui sesuatu ilmu pengetahuan dengan
lebih mendalam.Sebagai contoh , apabila kita tidak mengetahui tentang sesuatu
perkara ,kita disarankan membaca kerana membaca dapat meluaskan pengetahuan
kita daripada sifar maklumat ,kita dapat menjadi seorang yang hebat dalam
maklumat tersebut secara tidak langsung ,kita dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan di samping mengembangkan minda supaya bermaklumat.
Di
samping itu,membaca boleh membaiki penguasaan bahasa kita melaluinya kita boleh
menambah perbendaharaan kata.Kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai amalan hidup.Manusia yang suka membaca
adalah manusia yang mempunyai banyak
ilmu.Seterusnya,amalan membaca juga dapat mematangkan fikiran kita kerana
dengan membaca , kita akan dapat mengetahui
segala maklumat daripada pelosok dunia daripada sebesar zarah sehinggalah
kepada maklumat yang paling besar . Malah, isu semasa jugak dapat dikuasai
dalam waktu yang singkat sahaja hanya melalui pembacaan.Hal ini dapat
mengelakkan diri kita daripada digelar bagai katak bawah tempurung .
Pembacaan juga dapat mendedahkan kita kepada pelbagai bentuk
teknologi moden dan ciptaan daripada dunia luar. Sebagai tamsilan,kita boleh
membaca mengenai kehebatan negara jepun mencipta teknologi dengan tenaga dan
keupayaan mereka sendiri .Apabila kita melihat dan mengkaji tentang teknologi daripada negara matahari
terbit itu , sudah tentu kita akan dapat mencipta teknologi yang lebih hebat daripada teknologi
mereka.Dengan berpandukan maklumat yang sedia ada, kita sudah pasti dapat
mencipta sesuatu teknologi yang lebih
terbaru dan tidak pernah dicipta oleh sesiapapun .Hal ini dapat melahirkan
modal insan yang kreatif .Inovatif dan berintegriti.
Wawasan 2020 yang bakal menjelang juga turut menekankan kepentingan
ilmu.Bahkan ,wawasan cetusan mantan perdana menteri yang keempat itu juga
bermatlamat utuk menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian.Tanpa ilmu ,mustahil utuk
negara kita mencapai wawasan tersebut.Hanya membaca sahaja dapat
membongkar segala rahsia alam isi
kandungannya.Seperti kata pepatah
,membaca adalah nadi ilmu.
Tuntasnya , amalan membaca dapat menyumbangkan pelbagai ilmu yang
bervariasi kepada para pembaca merangkumi semua aspek ilmu.Dengan membaca
,segala persoalan dalam dijawab .Membacalah kunci kepada segala ilmu.Oleh itu,generasi muda pada hari ini
hendaklah mempraktikkan amalan membaca
dalam kehidupan mereka agar generasi berilmu dan berminda kelas pertama dapat
dijana sesuai dengan pepatah yang mengatakan,remajalah pencorak kegemilangan sesebuah tamadun , dan
kegemilangan sebuah tamadun itu bermula daripada pembacaan.
Terima kasih!!! Saya boleh mengambil isi-isi yang ada untuk membuat karangan yang lebih baik.
ReplyDelete