Saturday 28 January 2012

..Kepentingan membaca..


               ‘ Membaca jambatan ilmu ‘ ,itulah ayat yang sering kita dengar sama ada di kaca televisyen mahupun di  surat khabar Amalan membaca merupakan amalan yang sangat mulia. Akhbar merupakan sumber maklumat menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.Selain mendapat maklumat ,membaca juga boleh mengisi masa lapang kita.jika  kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu saja jadi, kita boleh  mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah  seperti bermain-main dan merayau–rayau  di kedai-kedai dan sebagainya .
                 Antara kelebihan membaca ialah kita dapat mengetahui sesuatu ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.Sebagai contoh , apabila kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara ,kita disarankan membaca kerana membaca dapat meluaskan pengetahuan kita daripada sifar maklumat ,kita dapat menjadi seorang yang hebat dalam maklumat tersebut secara tidak langsung ,kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan di samping mengembangkan minda supaya bermaklumat.
                 Di samping itu,membaca boleh membaiki penguasaan bahasa kita melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata.Kita mestilah menjadikan tabiat suka  membaca  sebagai amalan hidup.Manusia yang suka membaca adalah manusia yang mempunyai  banyak ilmu.Seterusnya,amalan membaca juga dapat mematangkan fikiran kita kerana dengan membaca , kita akan dapat mengetahui  segala maklumat daripada pelosok dunia daripada sebesar zarah sehinggalah kepada maklumat yang paling besar . Malah, isu semasa jugak dapat dikuasai dalam waktu yang singkat sahaja hanya melalui pembacaan.Hal ini dapat mengelakkan diri kita daripada digelar bagai katak bawah tempurung .
                     Pembacaan juga dapat  mendedahkan kita kepada pelbagai bentuk teknologi moden dan ciptaan daripada dunia luar. Sebagai tamsilan,kita boleh membaca mengenai kehebatan negara jepun mencipta teknologi dengan tenaga dan keupayaan mereka sendiri .Apabila kita melihat dan mengkaji  tentang teknologi daripada negara matahari terbit itu , sudah tentu kita akan dapat mencipta teknologi  yang lebih hebat daripada teknologi mereka.Dengan berpandukan maklumat yang sedia ada, kita sudah pasti dapat mencipta sesuatu teknologi  yang lebih terbaru dan tidak pernah dicipta oleh sesiapapun .Hal ini dapat melahirkan modal insan yang kreatif .Inovatif dan berintegriti.
                          Wawasan 2020 yang bakal menjelang juga turut menekankan kepentingan ilmu.Bahkan ,wawasan cetusan mantan perdana menteri yang keempat itu juga bermatlamat utuk menjadikan Malaysia sebagai  negara perindustrian.Tanpa ilmu ,mustahil utuk negara kita mencapai wawasan tersebut.Hanya membaca sahaja dapat membongkar  segala rahsia alam isi kandungannya.Seperti  kata pepatah ,membaca adalah nadi ilmu.
                          Tuntasnya , amalan membaca dapat menyumbangkan pelbagai ilmu yang bervariasi kepada para pembaca merangkumi semua aspek ilmu.Dengan membaca ,segala persoalan dalam dijawab .Membacalah kunci kepada segala  ilmu.Oleh itu,generasi muda pada hari ini hendaklah mempraktikkan  amalan membaca dalam kehidupan mereka agar generasi berilmu dan berminda kelas pertama dapat dijana sesuai dengan pepatah yang mengatakan,remajalah  pencorak kegemilangan sesebuah tamadun , dan kegemilangan sebuah tamadun itu bermula daripada pembacaan.

Monday 23 January 2012

...6 MaKaNaN yAnG MeMuTiHkAn GiGi...



Semua pasti ingin memiliki gigi putih cemerlang, namun tak semua punya uang untuk memutihkan gigi di dokter atau dengan cairan pemutih gigi yang mengandung efek samping. Padahal gigi putih bersinar juga bisa didapatkan dengan mengonsumi lima makanan berikut ini.




1. Stroberi
Buah cantik ini memproduksi enzim malic acid yang membantu memutihkan gigi. Selain dengan langsung memakannya, stroberi bisa dimanfaatkan untuk memutihkan gigi dengan cara dihaluskan, digosokkan ke gigi, diamkan selama lima menit lalu bilas dan gosok gigi seperti biasa.

2. Buah-buahan dan sayuran yang renyah
Contoh terbaik adalah apel, seledri, dan wortel. Menggigit dan mengunyah buah dan sayuran seperti ini akan membantu membersihkan plak, "menggosok" gigi agar lebih putih bersinar, dan meningkatkan produksi air liur yang baik bagi kesehatan mulut.

3. Keju
Keju dan bahan olahan susu lainnya seperti yoghurt mengandung lactic acid yang berfungsi melindungi gigi. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa anak-anak yang mengonsumsi yoghurt empat kali seminggu lebih terlindung dari pembusukan gigi dibanding anak-anak yang tak minum yoghurt. Sedangkan untuk memutihkan gigi, keju adalah pilihan yang baik karena selain melindungi gigi dari kebusukan, keju juga mengandung kalsium dan fosfor yang berguna dalam pembentukan enamel gigi.

4. Jeruk dan nanas
Saat mengonsumsi jeruk, nanas, dan buah-buahan asam lainnya, mulut memproduksi air liur lebih banyak, yang membantu membersihkan gigi secara alami.

5. Baking soda
Sebuah penelitian tahun 2008 menemukan bahwa pasta gigi yang mengandung baking soda berfungsi lebih baik dalam membersihkan plak. Anda bisa saja menggunakan baking soda langsung untuk membersihkan gigi, namun para dokter menyarankan agar hal ini tak dilakukan terlalu sering karena bisa mengikis enamel gigi. Pilihan paling aman adalah menggunakan pasta gigi yang mengandung baking soda.

6. Permen karet yang mengandung xylitol
Xylitol adalah pemanis alami yang dapat mencegah plak. Xylitol juga menetralkan tingkat keasaman di dalam mulut dan meningkatkan produksi air liur untuk membersihkan gigi

Saturday 7 January 2012

...5 PuNcA mAtA cEpAt LeTiH...



Mata ialah salah satu pancaindera yang amat penting kepada manusia. Tapi adakah kita mengambil berat tentang kesihtan mata kita? Kadang-kadang kita gunakan mata sehingga berasa letih. Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih. Antaranya adalah..
5 punca mata anda cepat letih
Terlalu fokus-  Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.
Masalah mata- Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar.
Sistem pencahayaan yang tidak baik- Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot sphincter dan dilatory untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
Bekerja lebih masa- Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka akaun fb, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.
Jarang berkelip- Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.
5 punca mata anda cepat letih
p/s : Sayangi mata anda :)

Wednesday 4 January 2012

...10 SeBaB sEsEoRaNg ItU MeNdApAt HiDaYaH ...

Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara 10 sebab seseorang itu mendapat hidayah yang dapat disenaraikan di sini adalah seperti berikut:

1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.

5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6. Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.

7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat
atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

9. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.

10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.