Monday 5 December 2011

...TuKaRkAn KePaDa SeSuAtU YaNg LeBiH bAiK...

Assalamualaikum Semua :)  

Entri kali ini saya hendak kongsikan sebuah cerita menarik. Cerita apa tu kenalah baca sampai habis ye.. hehe.. Tapi apa yang hendak dinyatakan disini pengajaran yang patut kita ambil dari cerita ini. Semoga cerita ini memberi motivasi kepada diri kita untuk menjadi lebih baik. Okeylah jom baca cerita ini.. Jangan lupa tinggalkan pesanan ringkas (kalau panjang pun apa salahnya) kat ruangan komen.. manalah tahukan ada sesiapa yang hendak berkongsi pandangan tentang kisah ini.. :) 


Tukarkan kepada sesuatu yang lebih baik



Di dasar laut yang bening dan jernih, tinggal sepasang tiram sederhana besar bersama koloninya yang melekat kukuh pada sebiji batu besar. Makanan mudah didapati di situ dan habitatnya juga sangat sesuai untuk koloni tiram.

Suatu hari, arus tiba-tiba mengalir sangat deras sehingga menerbangkan butir-butir pasir di dasar laut tersebut.

Sepasang tiram tersebut tidak sempat menutup cangkerang mereka dan terpaksa menelan beberapa butir pasir yang termasuk ke dalam cangkerangnya. Mereka cuba meludah-ludah pasir-pasir tersebut, tetapi tidak mampu.

Mereka cuba mengangakan cangkerang luas-luar agar pasir dapat dikeluarkan, namun mereka berdepan dengan risiko lebih banyak pasir akan memasuki cangkerang mereka.

Setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, tram tersebut memberikan satu cadangan kepada pasangannya, “Jika kita tidak boleh keluarkan pasir ini, apa kata kita cuba tukarkannya kepada sesuatu yang lebih baik?”

Pasangannya bersetuju tanpa sebarang bantahan. 

Setelah bertahun-tahun butiran pasir itu berada dalam cangkerang sepasang tiram itu, akhirnya terhasillah sesuatu yang berharga. Warnanya putih bercahaya. Itulah dia sebutir mutiara yang asalnya hanya pasir.

Pengajaran : 
Jika tiram mampu mengubah sebutir pasir menjadi mutiara, maka manusia yang dikurniakan Allah SWT dengan akal, lima pancaindera, hati dan status sebagai khalifah, apa agaknya yang manusia mampu lakukan?

No comments:

Post a Comment