Wednesday 30 November 2011

...10 TiPs MeMeLiHaRa CiNtA sEjAtI...


1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.
3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ‘saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.
5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.
6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.
8. Mr. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.
10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih

Saturday 26 November 2011

...4 FaKtOr YaNg MeMyEbAbKaN mAsAlAh PeLuPa...



       Stress- Tekanan yang kronik adalah seperti racun terhadap otak anda. Tekanan meningkatkan pengeluaran steroid semulajadi yang dipanggil kortisol. Ia mampu untuk merosakkan hippocampus yang berfungsi sebagai pusat ingatan otak. Kajian menunjukkan bahawa gaya hidup yang terlalu sibuk atau terlalu tinggi tekanannya akan meningkatkan risiko penyakit Alzheimer.
       Mengandung- Ketika proses kehamilan, banyak perubahan didalam badan yang berlaku dan ia akan menjejaskan kesihatan mental anda. Selain daripada itu, perubahan hormon yang drastik akan menyebabkan sakit kepala dan peningkatan hormon kortisol akan membuatkan anda sukar tidur dalam beberapa bulan.
       Diet- Seorang yang berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan cepat sering meletakkan diri mereka didalam keadaan yang hampir sama seperti kebuluran. Ingatan dan pemikiran akan terjejas disebabkan otak kekurangan glukosa yang diperlukan (gula darah). Mengamalkan diet pengambilan karbohidrat yang rendah juga boleh membuatkan anda berasa cepat letih, kepala terasa berat, dan sakit kepala.
      Kemoterapi- Pesakit yang sedang menjalani rawatan kimoterapi akan menyebabkan kekurangan terhadap daya pemikiran mereka. Ini adalah kesan biasa daripada rawatan tersebut.  Ubat-ubatan yang diambil juga boleh menyebabkan kesan yang sama. Antara kesan sampingan rawatan ini adalah pesakit akan mengalami masalah seperti pucat, keletihan, insomnia, dan kebimbangan yang boleh membuatkan penumpuan seseorang menjadi sukar. Selain daripada itu, pesakit yang menjalani rawatan ini juga akan sering untuk hilang selera makan.

....dOa AkHiR tAhUn DaN aWaL TaHun...



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram  ( HARI ASYURA ) 



10 Muharram adalah  disunatkan berpuasa. ( 6 /12/2011)

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



1.    Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

      Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.

2.    Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.

3.    Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita.

4.    Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5.    Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

6.    Menziarahi rumah orang alim.

7.    Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam

8.    Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata

10.   Menziarahi kaum keluarga

11.   Mengerat kuku

12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan.

13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu

14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.

15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.

16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali

...3 CaRa MeRaWaT hAtI yAnG LuKa...



        Merawat hati yang luka dengan secepat mungkin adalah penting untuk seseorang yang sedang mengalaminya. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terus hidup di dalam tekanan dan mungkin boleh mencetuskan satu tindakan yang diluar kawalan. Sememangnya ia mungkin sesuatu yang agak sukar tetapi ia bukanlah mustahil. Ianya terpulang kepada diri anda sendiri untuk mengawalnya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk merawat hati yang luka ini.
        Menangis- Menurut kajian, cara luahan hati atau perasaan yang terbaik adalah dengan menangis. Mungkin anda kelihatan sangat teruk untuk beberapa hari mengikut jenis kekecewaan yang anda alami. Teruskan dengan tangisan anda tetapi pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pasti selepas anda sudah puas menangis akan berlaku perubahan yang ketara di dalam kehidupan anda. Anda seharusnya perlu untuk melakukan sesuatu yang mampu untuk membahagiakan daripada meratapi kesedihan yang dialami.
        Luahkan perasaan dengan kenalan yang rapat- Suatu kekecewaan yang dialami tidak seharusnya dipendam, sebaiknya ia perlu diluahkan. Luahkan perasaan terhadap orang yang anda percayai. Jangan pendamkan perasaan sehingga ia mampu untuk mempengaruhi anda melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Menurut kajian terhadap mangsa yang pernah cuba untuk membunuh diri, lebih 80% bersetuju bahawa mereka tidak meluahkan perasaan mereka kepada orang lain. Antara alasan mereka adalah kerana tidak mempunyai mana-mana perhubungan yang rapat dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ia sememangnya satu tindakan yang salah sekiranya anda memendamkan perasaan.
        Sibukkan diri- Suatu kesedihan akan terus menjadi teruk sekiranya anda hanya memikirkan mengenai kesedihan itu. Lakukan sesuatu yang mampu untuk mengalih pemikiran anda. Anda juga boleh membuat perancangan untuk masa depan. Adakah anda akan terus menangis untuk jangka masa setahun dari sekarang? pasti tidak bukan. Lebih baik anda memikirkan mengenai perancangan yang sepatutnya dilakukan daripada memikirkan mengenai kesedihan yang telah dialami. Tinggalkan kesedihan yang dialami dan jadikannya sabagai pencetus motivasi untuk anda terus berjaya pada masa akan datang.

Friday 25 November 2011

...4 CaRa MeNiNgkAtKaN kEyAkInAn DiRi...


            Keyakinan diri adalah penting untuk menguruskan segala aktiviti didalam kehidupan seseorang. Ini kerana adalah mustahil untuk anda sentiasa bergantung terhadap orang lain. Pasti mereka mempunyai urusan tersendiri yang perlu diuruskan terlebih dahulu sebelum dapat membantu anda. Adakah anda sanggup untuk menangguhkan satu-satu tugasan hanya untuk menunggu bantuan orang lain sedangkan anda sendiri mampu untuk menyiapkannya? pasti tidak bukan. Keyakinan diri adalah merupakan satu proses yang berterusan untuk anda sentiasa meningkatkan taraf keyakinan anda. Di dalam artikel ini adalah merupakan cadangan tentang bagaimana cara meningkatkan keyakinan diri yang mungkin dapat membantu anda.
             Bina keyakinan diri melalui pencapaian- Anda pelu terlebih dahulu mengetahui apakah pencapaian yang membawa makna untuk anda. Sentiasa cuba tingkatkan pencapaian anda dari satu tahap ke tahap yang lebih baik untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Jangan sesekali cuba membandingkan pencapaian orang lain didalam kehidupan anda. Ini kerana apabila anda berfikiran seperti ini, ia secara automatik akan mengurangkan lagi keyakinan didalam diri anda. Pantau setiap pencapaian yang telah anda lakukan dan cuba bina keyakinan diri melaluinya. Ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar.
             Bina minda yang kuat- Pemikiran adalah perkara yang mempengaruhi setiap tindakan seseorang. Sebelum anda melakukan apa-apa pasti otak anda akan terlebih dahulu memikirkannya. Apabila otak anda memikirkan anda mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda akan menjurus untuk melakukan sesuatu perkara itu. Begitu juga untuk membina keyakinan diri, sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara automatik pasti tubuh anda mampu untuk melaksanakannya. Tetapi ia sebenarnya memerlukan latihan dan pemakanan yang baik. Mulakan latihan minda anda daripada sekarang.
            Menjaga penampilan- Hasil pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa, seseorang akan berasa lebih yakin melalui apa yang mereka cuba tampilkan. Sebagai contoh, anda menjaga penampilan diri anda sentiasa kemas dan kelihatan bersih, ia secara tidak langsung mewujudkan keyakinan didalam diri anda. Pasti anda akan lebih berasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, berkomunikasi dan sebagainya. Penampilan juga adalah penting untuk membuatkan orang lain berfikiran positif terhadap diri anda. Apabila orang lain berfikiran positif, anda juga akan turut berfikiran positif mengenai diri anda.
           Memahami konsep keyakinan diri- Untuk anda sentiasa berasa yakin terhadap diri sendiri, anda perlu terlebih dahulu memahami apakah konsep keyakinan diri. Seperti yang telah dinyatakan diatas tadi, ia adalah merupakan proses yang berterusan. Ia bermakna apabila anda tidak berasa yakin untuk melakukan sesuatu, anda perlu membinanya sehingga anda berasa yakin. Begitu juga untuk proses seterusnya yang pasti lebih mencabar. Ini akan membuatkan pemikiran anda sentiasa positif dan secara tidak langsung, anda sebenarnya telah sentiasa mencabar diri anda untuk menjadi yang lebih baik. Pasti sampai ke satu tahap anda dapat merasakan bahawa keyakinan diri anda telah meningkat. Apabila anda menghadapi masalah yang sebelum ini anda pernah hadapinya, pasti tidak akan timbul kesukaran untuk anda menyelesaikannya.

....20 pErKaRa YaNg MeMBuAtKaN waNiTa BEnCi lElAkI...



1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!4

...4 TaNdA wAnItA jAtUh CiNtA...



           Lebih 70% wanita bersetuju mereka tidak akan meluahkan perasaan sebaliknya hanya menunjukkan tanda mereka sebenarnya telah jatuh cinta. Wanita mempunyai cara yang tersendiri untuk memberitahu seseorang lelaki mengenai perasaan mereka. Ianya terpulang kepada lelaki tersebut untuk memahaminya atau mungkin mereka tidak akan berjaya mengesannya. 
           Pandangan mata- Pandangan mata seorang wanita biasanya lebih terbatas berbanding mata lelaki yang lebih liar. Sekiranya anda sedar seseorang wanita yang gemar memerhatikan tingkahlaku anda walaupun secara bersembunyi, ia mungkin menunjukkan perkara yang positif bahawa mereka mungkin berminat atau telah jatuh cinta terhadap diri anda. Ianya terpulang kepada anda untuk mengambil tindakan yang seterusnya.
          Senyuman- Apabila hubungan mata telah dibuat, ia biasanya disusuli dengan senyuman. Ini mengukuhkan lagi bahawa mungkin wanita tersebut telah bersedia untuk mengenali anda dengan lebih lanjut. Selain daripada itu, tanda ini juga menunjukkan bahawa wanita tersebut bersedia sekiranya anda ingin memulakan perbualan.
          Perbualan- Kebanyakan wanita masih berpegang terhadap kepercayaan bahawa lelaki yang perlu untuk memulakan perbualan terlebih dahulu dan bukannya mereka. Sekiranya wanita yang memulakan perbualan terlebih dahulu, ia adalah tanda yang kukuh bahawa mereka mungkin berminat terhadap diri anda. Memulakan perbualan adalah merupakan cara mudah untuk mengenali seseorang dengan lebih rapat.
          Bahasa tubuh- Apabila anda telah memulakan perbualan tetapi wanita tersebut menunjukkan reaksi tubuh yang kurang selesa, ia bukan bermakna mereka tidak berminat terhadap diri anda. Berkemungkinan ia disebabkan oleh faktor gemuruh berhadapan dengan orang yang mereka telah memendam perasaan. Jangan terlalu awal membuat penilaian. Ambil masa untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.

Monday 21 November 2011

8 cArA mEnEnAnGkAn HaTi DaLaM mAsA 30 sAaT

Setiap hari, pasti masing-masing akan melalui dugaan kehidupan yang tersendiri. Sehingga ada yang merasakan mereka tidak mempunyai masa untuk menenangkan hati atau perasaan mereka walaupun sekejap. Tetapi ia sebenarnya hanya boleh dilakukan dalam masa 30 saat. Antara cara yang anda boleh cuba adalah..
(1) Bernafas dalam-dalam-  70% sisa yang berada didalam tubuh berjaya dihapuskan apabila anda bernafas dalam-dalam. Anda boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut, dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas. Dalam masa 30 saat, ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati anda.
(2) Ikrar atau azam- Sekiranya anda sedang berada didalam dilema atau kerisauan mengenai sesuatu masalah, tanamkan azam yg mampu anda lakukan untuk berusaha mengatasi masalah tersebut. Cara ini bukan sahaja akan menenangkan hati anda, malah ia akan lebih memberi keyakinan untuk anda menempuhi masalah yang sedang dihadapi dengan kadar segera.
(3) Regangkan badan- Sekiranya anda sedang berada didalam tekanan, lakukan sedikit regangan untuk mengurangkannya.
(4) Senyuman- Hanya dengan senyuman, ia mampu membebaskan tekanan dan ketegangan otot pada wajah anda. Selain itu, ia bukan sahaja membantu untuk menenangkan hati anda sahaja, malah turut menenangkan orang lain apabila melihat anda.
(5) Minum air- Kandungan air didalam otak anda adalah kira-kira 75%, ia juga adalah tempat paling mudah untuk kekurangan air. Otak anda memerlukan air untuk berfikiran lebih jelas. Apabila anda berjaya untuk memikirkan sesuatu itu dengan jelas, secara tidak langsung ia akan membantu menenangkan hati anda.
(6) Pejam mata- Pejam mata sebentar dan cuba bayangkan perkara yang boleh menenangkan hati anda. Sebagai contoh, bayangkan mengenai percutian yang pernah anda lalui, kenangan bersama ahli keluarga atau sebagainya.
(7) Dengar lagu- Memang tidak dapat dinafikan, lagu amat memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi emosi seseorang. Sekiranya anda mendengarkan lagu yang berbentuk sentimental atau perlahan, ia secara tidak langsung akan turut menenangkan hati dan perasaan anda.
(8) Termenung sebentar- Mungkin ramai yang menyatakan bahawa termenung tidak memberikan apa-apa manfaat didalam kehidupan. Tetapi, ia sebenarnya dapat membantu menenangkan hati seseorang. Sekiranya anda sedang berada didalam kerungsingan, tiada masalah untuk termenung sebentar tetapi jangan terlalu mengikut perasaan.